Bercinta Bila Betul-Betul Dah Bersedia.
Sunday 30 November 2014 • 02:56 • 0 comments

        

Love when you’re ready,   not when you’re lonely. 
Bercinta hanya bila betul-betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian.
Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang.
Hingga terlupa nak bertanya pada diri “adakah aku betul-betul dah bersedia?”
Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani, hati mana yang tak cemburu?
Hati mana yang tak rasa sunyi?
Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama?
Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roommate sibuk bergayut dengan kekasih hati masing-masing. Kita?
Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak.
Time makan, orang lain semua berpasangan. Ada yang sedia menanti di luar kelas. Kita?
Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik.
Hujung minggu? Semua orang dah ada rancangan masing-masing.
Keluar tengok wayang, pergi pantai, pergi jalan-jalan. Kita?
Mampu tidur je sepanjang hujung minggu di bilik.
Layan movie jugak tapi seorang diri bertemakan laptop.

Dari situ segalanya bermula.

Kita rasa sunyi. Kita nampak orang lain bahagia.
Kenapa kita pun tak boleh buat perkara yang sama?
Mesti best kalau ada ‘boyfriend’. Hari-hari akan rasa indah. Tiada lagi kesunyian.
Bila ada yang menghulur salam perkenalan, begitu mudah kita terima dengan berlapang dada.
Dengan hati terbuka. Akhirnya aku jatuh cinta. Akhirnya aku dah jumpa putera pujaan hati.
Yeayy ! Aku akan bahagia macam pasangan lain.
“ Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata-kata jangan mudah
terpedaya, kadang-kadang ia adalah bisa yang paling bahaya. “
Itu yang dibayangkan.
Kita tertipu dengan kebahagiaan yang ditunjukkan pasangan lain.
Kita yakin mereka betul-betul dah bahagia?
Atau sekadar tersenyum gembira untuk menutup hati yang lara? Untuk menyelamatkan satu hubungan?
Kita tak akan faham sehingga kita lalui semua itu sendiri.

Yakin kita dah betul-betul dah bersedia?

Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri kita belum pasti kita mampu jaga dengan baik atau tak.
Kalau belum yakin, belum betul-betul dah bersedia kenapa memilih untuk bercinta?
Kita yang buka ruang untuk hati kita disakiti.
Sebelum ini, kita fikir setiap percintaan hanya penuh dengan kasih sayang.
Itu cuma permainan. Untuk menarik sekeping hati yang kesunyian untuk jatuh cinta.

Kenapa nak korbankan segalanya untuk sesuatu yang belum terjamin kebahagiaan dan kegembiraan itu kekal?


Sebenarnya kita yang terlalu melayan bila perasaan sunyi itu singgah.Saat kita sendirian, kita mungkin rasa sunyi.
Kita yang terlalu memikirkan.
Pernah terfikir apa kelebihan bila kita sendirian tanpa seorang teman?
“ Sometimes it’s better to be alone, nobody can hurt you. “
Dalam bersendirian itu ada keindahan (:
Terlalu banyak. Kita tak akan bazirkan air mata kita untuk orang lain.
Air mata kita mahal. Kenapa nak bazirkan untuk menangisi kesedihan hati saat dia lukakan kita?
Hati kita tak akan sakit untuk setiap kesedihan yang bakal kita hadapi saat bercinta.
Kegembiraan saat kita sendirian tak akan sama dengan saat kita berpasangan.
Saat sendirian, kita bebas.
Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan orang lain. Kegembiraan itu bukan penipuan.
Tapi kegembiraan saat kita berpasangan kadang-kadang hanya satu penipuan.
Penipuan yang kita sendiri cipta.
Kita nak biar orang nampak kita dan pasangan kita adalah pasangan serasi. Pasangan terbaik.
Tapi disebalik semua senyuman tu, ada tangisan yang terpaksa kita sorok. Ada hati yang berdarah terpaksa kita rawat sendiri.
Kegembiraan sekadar untuk nampak hebat di mata orang lain.
Fake happiness is still the worst sadness.
Sampai bila nak kekal begitu?
Rasa tak boleh nak lepaskan sebab dah terlalu sayang. Yakin kita sayangkan dia?
Yakin dia sayangkan kita?
Habis, tangisan yang kita sorok sendiri itu apa?
Atau itu memang pengganti pada senyuman untuk setiap pasangan bercinta.
“ The reason people find it so hard to be happy is that they
Always see the past better that it was and the present worse than it is. “
betul-betul dah bersedia
cinta memerlukan kita betul-betul dah bersedia
Duduk.
Renung kembali. Fikir balik.
Betul ke aku betul-betul dah bersedia?
Atau aku hanya nak mengisi kesunyian?
Kalau sekarang aku belum betul-betul dah bersedia, bila akan tiba saat untuk aku betul-betul dah bersedia?
Yakin dengan Allah. Allah itu kan perancang terbaik untuk setiap hambanya.
Hanya dia yang tahu bila saat dan ketika hati betul-betul dah bersedia untuk jatuh cinta.
Serahkan padaNya dan Dia akan isi kekosongan dan kesunyian hati kita.
“ Ya Allah, bila ini bukan masanya. Bila ini belum saatnya. Jarakkan kami. Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami tak mengundang
murkaMu. Temukan kami dengan cinta yang diredhai-Mu. “

Setiap manusia diciptakan berpasangan. Jangan takut, andai hari ini belum bersedia, esok dan hari seterusnya masih ada.

Perbaiki diri dan insyaAllah Allah akan hadirkan cinta yang sebenarnya. Cinta yang tak akan menyakitkan.
Kita tak tahu bila akan tiba waktu itu.
Tapi selagi kita yakin, Allah akan bantu kita.

Kenapa nak  bercinta sekarang di saat kita masih belum mampu jaga hati sendiri?

Bagi yang pernah bercinta, yang pernah jatuh cinta dan yang pernah gagal dalam percintaan macam saya, jangan terlalu untuk bersendiri.
Berhenti pertahankan sesuatu yang memang dah hancur.
“ Jangan menangis untuk orang yang dah sakitkan hati kita. Just senyum dan cakap
Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya cari yang lebih baik. “

Jadi bila kita boleh bercinta sebenarnya? — Cinta selepas nikah. Cinta yang halal lagi diberkati.

Letakkan kepercayaan kepada Allah.
Bercinta bila sudah betul-betul dah bersedia. Allah tahu waktunya. Tak akan terlewat.
Bercinta selepas nikah kan lebih indah? (;
“ Allah has already written the names of your spounses. What you need to work on is your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you’re ready. It is only matter of time. “



Welcome welcome welcome. Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 Assif Jiddan, kalau blog ni tak cantik :( bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME